nuffnang ads

Pengikut

Sabtu, 1 Oktober 2011

It Gets Better: Bruno Mars - Today My Life Begins





assalamualaikum....dah lama tak update blog.hari ni pun rasa malas dah nak update.Bermacam masalah dan musibah yg menimpa aku waktu ni.Tetiba aku rasa sunyi hari ni pastu layanlah lagu.bila terdengar lagu ni tiba2 semangat aku bersemangat.Betul jugak...mungkin aku tak perlu nak bersedih kerna ini adalah kehendak Allah Taala buat aku.Segala penyakit dan musibah yg diberikan mungkin ada hikmah disebaliknya.Dah seminggu aku down sesangat bila doktor katakan diagnosis penyakit aku...aku nak bagitau kat family pun aku rasa berat...kerana aku fikir biarlah aku tanggung sendiri tapi aku dah buat persiapan yg sepatutnya...insyaalah redha Allah ada bersamaku.

Berbalik tentang lagu ni,aku rasa sangat bersemangat bila mendengarnya.seolah2 inilah inspirasi aku selain dari anak2 kesayanganku...Pernah aku terlepas cakap kat anak sulungku..

Aku:"Along,kalau ibu dah takda nanti, along tolonglah jaga adik2, bagi ayah bangga dan doakan untuk ibu kerana doa anak2 yg soleh tu akan sampai dan allah sentiasa mendengarnya....yg penting jaga solat...

Alon:"Tadi doktor kata apa bu?"

Aku:"takde apa2 lah....cuma ingat jer pesanan ibu..."

Bila aku hayati kembali lirik lagu ni, aku terfikir buat apalah aku nak sedih,akhirnya setiap manusia itu akan kembali kepadanya jugak cuma kita tak tahu macamana dan bagaimana serta bila.Jadi dgn penuh bersemangat aku cuba utk bangkit dari kelalaian aku selama hampir dua minggu ni dan aku akan cuba bangkit kembali dari alam kesedihan yg telah menyelubungi aku selama ini.Semoga Allah sentiasa bersamaku dan menerima amalanku selama ini.
I WILL BREAK THESE CHAINS THAT BIND ME,
HAPPINESS WILL FIND ME,
LEAVE THE PAST BEHIND ME,
TODAY MY LIFE BEGIN,
A WHOLE NEW WORLD IS WAITING,
IT'S MINE FOR THE TAKING,I KNOW I CAN MAKE IT,
TODAY MY LIFE BEGINS.......


Semoga apa yg berlaku ini akan memberi aku ketabahan dan semangat yg jitu untuk terus hidup di dunia ini....
HANYA KEREDHAAN ALLAH YANG PALING AKU HARAPKAN DISAAT INI.... style="font-weight:bold;">

2 ulasan:

nuffnang