nuffnang ads

Pengikut

Selasa, 20 September 2011

ADAKAH BELIAU DIHARGAI.....PEJUANG NEGARA YG SEMAKIN DILUPAKAN...

Kanang Anak Langkau
Tentu korang masih ingatkan siapa beliau atau hanya mendengar atau mungkin tak tahu langsung tetang beliau. Kanang anak Langkau. Kanang yangberbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok NangaMeluan di Sarawak. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil,ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, diadipelihara oleh datuk dan neneknya. K anang bersekolah hingga Darjah Tiga di Local Authority. Selepas itu, dia melakukan pelbagaikerja seperti menjadi tukangm masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang denganmenggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu dugadan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. K anang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanangmeneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskut. Pada 1Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah kekem Terentak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, diadinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen. K etika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parahketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanangtidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahipingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentangpengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri PahlawanGagah Perkusa (SP). K anang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan.Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai WaranI pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi BintaraBintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya. Apa yg aku kesalkan ialah,kenapa tiada penghargaan untuk beliau sehingga sekarang ataupun saya tidak mengetahuinya?untuk pengetahuan semua,beliau adalah satu2nya bekas tentera yg mendapat pingat PGB dan SP yang masih hidup.kenapa beliau tidak dianugerahkan anugarah DATUK?Betapa besarnya jasa beliau terhadap negara di zaman komunis.Rasa2nya artis kita lebih bertuah dari beliau.Senang2 jer dapat anugerah.Bukan untuk mempertikai tetapi seeloknya hargailah jasa beliau semasa beliau masih hidup.Dan kenangkanlah jasanya selagi beliau masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang