nuffnang ads

Pengikut

Isnin, 19 September 2011

First love never dies

(foto perkahwinan Mary dan John) Apabila kita mendengar pepatah first love never dies,mesti kita akan ketawa sendirian ataupun mengatakan yg ungkapan itu adalah mengarut.adakah anda juga kurang mempercayainya ? Tetapi inilah yg dibuktikan oleh Mary Lyness dan pasangannya John Akings masing2 berusia 81 tahun.Pertemuan pertama mereka adalah ketika berusia 7 tahun dan perpisahan pertama mereka ketika berumur 15 tahun ketika John memutuskan untuk menyertai Angkatan Udara Inggeris(Royal Air Force/RAF). Walaupun mereka terpisah,namun perasaan sayang masih menyelubungi mereka.setelah 65 tahun terpisah akhirnya pasangan ini bertemu kembali di usia 81 tahun.Kerana tidak mahu perkara lama berulang kembali, mereka mengambil keputusan untuk bersatu dan pada tanggal 17.09.2011 yg lalu mereka disatukan dan berjanji diatas altar untuk meneruskan sisa2 terakhir hidup mereka.... "Saya sangat bahagia,seperti kami masih berusia 21 tahun,syukurlah dia masih tampan dan kacak",ujar mary,sebagaimana yg dilaporkan oleh Dailymail hari ini (19.09.2011). "Semoga kami berumur sehingga 100 tahun agar banyak sisa hari yg boleh kami habisi bersama2"tambah Mary yg tidak pernah berfikir untuk berkahwin kembali diusia sekarang sehinggalah bertemu kembali dengan John. Mary dan John,masing2 kematian pasangan sebelum ini memilih Gereja di Keigley,West Yorkshire untuk meraikan hari bersejarah mereka dan dihadiri oleh kira2 200 org tetamu. Sempena perkahwinan mereka,anak2 pasangan tersebut hasil dari perkahwinan lalu menghadiahkan pakej bulan madu untuk mereka ke Scotland dan menjelajah ke laut Mediteranian.

1 ulasan:

  1. nk menang macbook? bce ni http://mtplife.blogspot.com/2011/09/mac-book-air-to-be-won.html

    BalasPadam

nuffnang