nuffnang ads

Pengikut

Rabu, 27 Julai 2011

SIAPALAH AKU UNTUK KALIAN.......

sewaktu kecil,aku sering dibanding-bandingkan dengan ahli keluarga yang lain.dari segi keperluan sehingga kepada benda yang paling penting sekalipun.selalunya akulah orang yang terakhir.'masih tergiang di telinga tatkala orangtua ku berbicara...'dia pandai jadi kena dahulukan lah...'terkadang aku terfikir,aku ni bodoh sangat ke?kat sekolah pun aku tak pernah tak dapat cemerlang.bayangkan tanpa buku,tanpa apa2 keperluan peralatan sekolah,hanya menggunakan bekas yang telah tidak digunakan oleh keluarga yang lain.kini setelah sekian lama...baru aku faham itulah yang dinamakan pilih kasih.sedih terasa hati bila mengenang kembali.kini ianya menular kepada adik2ku yang lain.'dia yang banyak tolong, jadi kami kena dengar apa sahaja pilihan dia'....terdetik di hati kecil ini'aku tak pernah memberi sumbangankah?atau sumbangan dan bantuanku itu tidak bermakna kerana ciput?'Ya Allah...berikan aku kekuatan di dalam menghadapi kekecewaan ini.dulu aku berfikir,mungkin jika aku jauh dari keluarga,mungkin ada secebis kasihsayang untukku,tetapi hanya sia2 sahaja keadaan tetap sama.
terkadang timbul rasa benci dihati,terkadang terasa berjauh hati,tetapi aku taknak jadi anak yang derhaka dan juga isteri yg derhaka.tetapi terasa seperti ada badi dalam diri walau dimana dan dalam keadaan apa sekalipun,aku tetap terpinggir.mungkin sudah nasib.mungkin juga ini adalah takdir.aku menganggapnya sebagai qada' dan qadar allah buat ku.di alam sekarang pula, aku sering dihina dan dipandang sinis.mungkin sukar untuk kuungkapkan,tetapi itulah kehidupan aku...gembira didalam duka.maafku pohon sekiranya luahan hati ini mengganggu pembaca tetapi mungkin itulah yang aku rasa dan akan tetap terasa.bukan niat untuk berdendam tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri agar tidak bersikap pilih kasih kepada anak2 walau apa jua keadaan dan keperibadian mereka.bodoh atau pandai,lembap atau cergas anak 2 adalah amanat allah untukku jaga sehingga aku memejamkan mata dan sehingga nafasku yang terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang