nuffnang ads

Pengikut

Selasa, 23 Ogos 2011

LAGU DENDANG PERANTAU BUAT AKU SEDIH SEKETIKA...

salam persahabatan buat semua pembaca...kali ni entri saya mungkin lain sikit.bukan apa..sambil tengah asyik melayari internet malam ni tiba2 terdengar pulak lagu dendang perantau dari allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Aduhh...terus tersentuh hati dan tiba2....alamak berlinanglah pulak airmata ni...teringat mak abah kat kampung...dah hampir sepuluh tahun tak berbuka bersama mereka dan dah tiga tahun tak beraya bersama.memang sedih..tiba2 terfikir..macamanalah mak abah aku beraya tahun ni...mesti sedih sebab 3 orang anaknya berada diperantauan.terasa hati tu nak balik tetapi apakandaya komitmen dan tugasan yg tak dapat dielakkan.
terhenti sejenak dan terus call mak kat kampung tapi dah tidur...kesian dia...tak ada sesiapa beraya ngan dia tahun ni.walaupun dia siap hantar kuih dan kek kat aku dan adik2 yg kerja kat johor tu tapi aku tahu betapa sedih dan sunyinya mereka kerana sebelum ni hanya aku sorang jer berada diperantauan tapi tahun ni adik2 ku jugak terpaksa bekerja dan tak dapat cuti.bagaimanalah rasanya kalau aku yg akan menghadapinya nanti...tapi inilah kehidupan...
aku masih ingat bila pakcik mat kawan lama abah aku bercerita tentang apa yg abah ku luahkan padanya.."dulu anak2 kecik aku sentiasa bagi peransang kat depa soh depa belajaq rajin2...tapi bila dah besaq ni..alhamdulillah semuanya dah berjaya dan yg sedihnya semua dah kerja jauh di semenanjung ni"aku terkedu dan tiba 2menjadi hiba bila mendengar luahan hatinya kerana abah bukanlah seorang yg suka meluahkan perasaan.
aku berdoa semoga mereka sentiasa sihat dan dilindungi Allah dan semoga tahun depan kami semua dapat beraya dengan mak dan abah.
buat mak dan abah...salam aidilfitri diucapkan dan ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat beraya di kampung...semoga kita akan berjumpa di lain lebaran...
MINAL AIDIL WAL FAIZIN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang